BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 15, 2013

Rahsia Warna-warna alam dalam waktu solat terbongkar

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

 
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasaKegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."

Wednesday, November 13, 2013

RAMALAN DAN TOPIK FOKUS SPM 2013.

Tajuk Fokus Penting Kimia SPM 2013
Kertas 2
Section A
1. Formula empirik (langkah keselamatan, lukis gambarajah, pemerhatian, pengiraan)
2. Jadual berkala unsur
3. Sebatian karbon (alkana, alkena, alkohol)
4. Garam
5. Redoks dan elektrolisis (definisi)
6. Sabun dan detergen (penyediaan sabun, kebaikan, keburukan)
7. Proses Sentuh dan Proses Haber
8. Termokimia

Section B
1. Penyediaan garam terlarutkan / tak terlarutkan (kenalpasti anion / kation)
2. Kadar tindak balas (mangkin, luas permukaan, kepekatan)
3. Gabungan (Alloi / Kaca / Polimer + Getah Polimer / Pemvulkanan)
Directed writing: report / article - school bully , road bully , snatch theft continuous writing : my ideal home , my ideal spouse , importance of tuiton , love poem : he had such an quite eye , flute
novel : theme of family love
- a character who shows courage
- an event that changes a character
- lesson that you can learnt from the story
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
TAJUK FOKUS PENTING SPM 2013 - FIZIK
Paper 2
Section A
1. Micrometer screw gauge / vernier calipers
2. Latent heat fussion / vaporization / specific heat
3. Bernoulli Principle
4. Refraction of light / glass index
5. Young concept / interference of light / water
6. CRO and rectification / diode
7. Logic gate
8. Half-life / rays / radioactive
Section B
9. Momentum / Boat or plane modification
10. Electromagnet / transformer
11. Gas Law / Gas pressure
12. Projector / lens
Paper 3
Section A
Extension of spring
Hooke law
Object distance on image size
focal length
Section B
Resistant over wire diameter
Temperature
Inertia

Just prepare and good luck!

Friday, November 1, 2013

PELAJAR SPM 2013

Buat pelajar-pelajarku, selamat menduduki peperiksaan SPM. Buatlah yang terbaik untuk masa hadapan anda semua, semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan keluarga.










Monday, October 28, 2013

E-Prestasi

LINK BAGI ePrestasi.
http://www.mediafire.com/download/ac5z5hsw8oap3ac/e-Prestasi+PBPPP+%28Baru-+28+OKTOBER+2013%29.xls

Sunday, October 27, 2013

JADUAL SPM 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2013 KEPADA SEMUA CALON SPM.

Link Jadual SPM Boleh Download Di :
Jadual Waktu SPM 2013

Wednesday, March 20, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012

Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM 2012 yang  mengambil keputusan pada hari ini (21 Mac 2013 , Khamis). Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi subjek yang saya ajar (Fizik dan Matematik Tambahan). Semoga pelajar SPM 2012 akan menuju kejayaan hingga ke menara gading. Kepada pelajar terbaik 8A1B (Nurhashimah Bt Bahri) saya ucapkan TAHNIAH. Tidak dilupa juga kepada semua anak didik saya, TAHNIAH saya ucapkan. Mohon maaf saya pinta jika sepanjang P&P, saya tidak dapat memberi komitment 100% kerana outstation atau sebagainya. Namun, saya tetap berdoa agar anda semua berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ameen..


Dari kiri : Nurhashimah Bt Bahri, Maslina Bt Mohd Jasni, Mohd Norhafidan B. Isa, Erzamasheza Bt Masran, Farha Nakia Bt Ahmad Sukaimi, Nur Atika Bt Ismail.


Tuesday, January 8, 2013

Mukadimah 2013.

Kepada semua pelajar Aliran Sains Tulen 2013 yang saya ajar.

4A : Selamat belajar Fizik
5A : Selamat belajar Fizik dan Matematik Tambahan

Semoga Pengajaran dan Pembelajaran kita bersama mencapai kejayaan yang cemerlang.