BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 20, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012

Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM 2012 yang  mengambil keputusan pada hari ini (21 Mac 2013 , Khamis). Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi subjek yang saya ajar (Fizik dan Matematik Tambahan). Semoga pelajar SPM 2012 akan menuju kejayaan hingga ke menara gading. Kepada pelajar terbaik 8A1B (Nurhashimah Bt Bahri) saya ucapkan TAHNIAH. Tidak dilupa juga kepada semua anak didik saya, TAHNIAH saya ucapkan. Mohon maaf saya pinta jika sepanjang P&P, saya tidak dapat memberi komitment 100% kerana outstation atau sebagainya. Namun, saya tetap berdoa agar anda semua berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ameen..


Dari kiri : Nurhashimah Bt Bahri, Maslina Bt Mohd Jasni, Mohd Norhafidan B. Isa, Erzamasheza Bt Masran, Farha Nakia Bt Ahmad Sukaimi, Nur Atika Bt Ismail.