Perkongsian yang diperolehi daripada Darussyifa' untuk manfaat bersama.
Kelebihan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat
Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk
meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya.
Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti
berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat
ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah
dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin
biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih
binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu
bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada
di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang
membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada
anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang
menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan
diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika,
baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali
itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan
juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut
pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada
dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas
daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang
boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika
ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati
maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti
kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk
jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk
jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat
kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan
dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat
kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini
sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman.
Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang
halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah
syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan
mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan
izin Allah s.w.t. Ada
sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir
adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya
boleh membawa maut. Ada
perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan
hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti
secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah
gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah
makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa
yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran
dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua
kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir
santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa
ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan
melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam
makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan
masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita
hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat
tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam
hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita
terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa
ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari
tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan
masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil
mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis
tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa
ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w.
mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang
berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan
mengamalkannya, insya'Allah.
0 comments:
Post a Comment