Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM 2012 yang mengambil keputusan pada hari ini (21 Mac 2013 , Khamis). Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi subjek yang saya ajar (Fizik dan Matematik Tambahan). Semoga pelajar SPM 2012 akan menuju kejayaan hingga ke menara gading. Kepada pelajar terbaik 8A1B (Nurhashimah Bt Bahri) saya ucapkan TAHNIAH. Tidak dilupa juga kepada semua anak didik saya, TAHNIAH saya ucapkan. Mohon maaf saya pinta jika sepanjang P&P, saya tidak dapat memberi komitment 100% kerana outstation atau sebagainya. Namun, saya tetap berdoa agar anda semua berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ameen..
Wednesday, March 20, 2013
KEPUTUSAN SPM 2012
Posted by NeeD_JumP at 11:03 PM 0 comments
Tuesday, January 8, 2013
Mukadimah 2013.
Kepada semua pelajar Aliran Sains Tulen 2013 yang saya ajar.
4A : Selamat belajar Fizik
5A : Selamat belajar Fizik dan Matematik Tambahan
Semoga Pengajaran dan Pembelajaran kita bersama mencapai kejayaan yang cemerlang.
Posted by NeeD_JumP at 5:41 PM 0 comments
Sunday, September 9, 2012
Doa Pendinding dan Penggerak
Perkongsian yang diperolehi daripada Darussyifa' untuk manfaat bersama.
Posted by NeeD_JumP at 6:12 AM 0 comments
Saturday, September 8, 2012
Percubaan SPM 2012
Kepada semua pelajar khususnya yang mengambil subjek Matematik Tambahan dan Fizik, selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Walaupun ia hanya percubaan, janganlah anggap ianya COBAAN. ish.. ish.. ish COBAAN.. Dalam apa jua peperiksaan yang ditempuhi, buatlah yang terbaik. Tangan ditadah, doa dipohon sentiasa mengiringi perjalanan hidup insan bergelar pelajar dalam mencapai kecemerlangan. Pasrah atau tawakal adalah perkara terakhir selepas BERUSAHA dan BERDOA. Saya sentiasa mengharapkan dan berdoa agar semua pelajar saya berjaya, tak mahu tinggal seorang pun.
Sekian, wasallam.
Posted by NeeD_JumP at 8:53 AM 0 comments
Wednesday, August 8, 2012
TAJUK PENILAIAN DI DALAM PRA PERCUBAAN SPM
Soalan yang diuji adalah berdasarkan format SPM SEBENAR.
a) Add Math :
- Simultaneous Equation
- Coordinate Geometric
- Vector
- Trigonometric Function
- Linear Law
b) Fizik :
Section A
- Heat
- Transformer
- Magnetic Field
- Wave
Section B
- Resistance
Semoga Panduan ini dapat menjadi rujukan supaya mengulangkaji dengan berhemah. Selamat mengulangkaji dan mendapat kecemerlangan.
Posted by NeeD_JumP at 12:03 AM 0 comments
Tuesday, July 17, 2012
Tips Sebelum Menghadiri Temuduga
Temuduga merupakan sesuatu yang agak mendebarkan bagi yang kali
pertama diuji, untuk menjadikan temuduga lebih lancar, persediaan awal
perlu untuk mengelak sebarang masalah semasa ingin menghadiri temuduga.
Dibawah disediakan sedikit tips persediaan awal menghadiri temuduga.
- Pastikan anda mengetahui masa temuduga dan tiba awal 15-20minit sebelum temuduga bermula. Hal ini penting bagi member peluang kepada calon untuk memastikan diri telah sampai ditempat yang betul dan mempunyai penampilan diri yang baik.
- Sediakan dan bawa bersama salinan resume, dokumen diri dan sijil-sijil persekolahan sebaiknya disusun kemas.
- Penting untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat dimana terdapatnya kekosongan jawatan ataupun mengenai institusi yang dimohon. Kajian perlu dibuat berkenaan maklumat tentang syarikat/institusi, perkhidmatan/ subjek pendidikan, produk, pelanggan/output dan sebagainya. Maklumat boleh didapatkan dengan meghubungi syarikat, bahan rujukan , laporan tahunan, laman web universiti/syarikat bekenaan.
- Ramalkan solan biasa ditanya oleh panel penemuduga dan sediakan jawapan serta berlatih menjawab soalan bekenaan. Cuba juga dapatkan bantuan rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan suasana hampir sama ditemuduga.
Selamat Maju Jaya...
Posted by NeeD_JumP at 7:33 PM 0 comments
Tuesday, May 8, 2012
SOAL-JAWAB DALAM KELAS
Posted by NeeD_JumP at 12:55 AM 0 comments

