BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 1, 2013

PELAJAR SPM 2013

Buat pelajar-pelajarku, selamat menduduki peperiksaan SPM. Buatlah yang terbaik untuk masa hadapan anda semua, semoga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan keluarga.










Monday, October 28, 2013

E-Prestasi

LINK BAGI ePrestasi.
http://www.mediafire.com/download/ac5z5hsw8oap3ac/e-Prestasi+PBPPP+%28Baru-+28+OKTOBER+2013%29.xls

Sunday, October 27, 2013

JADUAL SPM 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2013 KEPADA SEMUA CALON SPM.

Link Jadual SPM Boleh Download Di :
Jadual Waktu SPM 2013

Wednesday, March 20, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012

Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM 2012 yang  mengambil keputusan pada hari ini (21 Mac 2013 , Khamis). Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi subjek yang saya ajar (Fizik dan Matematik Tambahan). Semoga pelajar SPM 2012 akan menuju kejayaan hingga ke menara gading. Kepada pelajar terbaik 8A1B (Nurhashimah Bt Bahri) saya ucapkan TAHNIAH. Tidak dilupa juga kepada semua anak didik saya, TAHNIAH saya ucapkan. Mohon maaf saya pinta jika sepanjang P&P, saya tidak dapat memberi komitment 100% kerana outstation atau sebagainya. Namun, saya tetap berdoa agar anda semua berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ameen..


Dari kiri : Nurhashimah Bt Bahri, Maslina Bt Mohd Jasni, Mohd Norhafidan B. Isa, Erzamasheza Bt Masran, Farha Nakia Bt Ahmad Sukaimi, Nur Atika Bt Ismail.


Tuesday, January 8, 2013

Mukadimah 2013.

Kepada semua pelajar Aliran Sains Tulen 2013 yang saya ajar.

4A : Selamat belajar Fizik
5A : Selamat belajar Fizik dan Matematik Tambahan

Semoga Pengajaran dan Pembelajaran kita bersama mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sunday, September 9, 2012

Doa Pendinding dan Penggerak

Perkongsian yang diperolehi daripada Darussyifa' untuk manfaat bersama.






Kelebihan beramal dengan doa ini

Saturday, September 8, 2012

Percubaan SPM 2012

Kepada semua pelajar khususnya yang mengambil subjek Matematik Tambahan dan Fizik, selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Walaupun ia hanya percubaan, janganlah anggap ianya COBAAN. ish.. ish.. ish COBAAN.. Dalam apa jua peperiksaan yang ditempuhi, buatlah yang terbaik. Tangan ditadah, doa dipohon sentiasa mengiringi perjalanan hidup insan bergelar pelajar dalam mencapai kecemerlangan. Pasrah atau tawakal adalah perkara terakhir selepas BERUSAHA dan BERDOA. Saya sentiasa mengharapkan dan berdoa agar semua pelajar saya berjaya, tak mahu tinggal seorang pun.
Sekian, wasallam.