BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 8, 2012

SOAL-JAWAB DALAM KELAS



Murid     : Cikgu, saya tak boleh belajar awal-awal lah. Saya lebih suka belajar waktu last-minute. Senang ingat.


Cikgu     : Cuba awak tengok Dato’ Nicole Ann David, Dato’ Lee Chong Wei. Macam mana dia boleh jadi pemain yang hebat. Adakah dia berlatih bila ada perlawanan sahaja. Tentu tidak kan. Dia kena berlatih bersungguh-sungguh dan banyak membuat penambahbaikan dalam permainan serta memperbaiki kelemahan.

Murid     : Cikgu, saya kalau buat soalan Add Math best rasanya bila dapat jawab. Tapi bila tak dapat jawab, saya jadi give-up. Nak buat macam mana yer?

Cikgu     : Macam mana awak nak berjaya kalau awak give-up? Kenapa mesti ada perkataan give-up dalam diri awak, kalau awak nak berjaya? Tepuk dahi tanya otak. Kalau cikgu bagi 20 soalan, dan awak dapat jawab soalan nombor 1. Maksudnya di sini, awak rasa best satu kali sahaja. Tetapi awak rasa give-up sebanyak 19 kali. Betul tak?

Murid     : Cikgu, macam mana nak hilangkan istilah “Rileks lah, exam lama lagi. Kalau study awal nanti lupa.”

Cikgu     : Lama mana awak nak rileks? Ingatlah, bila manusia nie berada dalam keadaan selesa, senang dan santai. Nak ke dia berada dalam keadaan susah? Tentu tidak kan. Kenapa nak susah kalau ada perkara yang senang? Mesti akan terfikir macam tu. Betul tak? Bila dah selesa, senang dan santai, agak-agaknya nak tak dia study bersungguh-sungguh, tidur lewat malam, membuat latihan dan latih tubi banyak kali untuk asah minda? So, muhasabah lah diri. Kerana anda akan belajar sehinggan menara gading. Panjang lagi perjalanan anda. Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.

Murid     : Cikgu, saya kat rumah susah lah nak cari tempat yang selesa untuk study?

Cikgu     : Banyak tempat yang sesuai untuk study. Awak boleh study kat sekolah. Kat perpustakaan. Tak salah jika awak spend kan masa untuk study di sekolah. Boleh study dengan group member tetapi haruslah diingat. Janganlah terlalu ramai sangat. At least, 4 hingga 5 orang sahaja.

Murid     : Cikgu, mana lagi sesuai nak buat ulangkaji. Revision dengan kawan atau dengan cikgu?

Cikgu     : Bergantung kepada keselesaan individu. Ada yang selesa dengan kawan dan ada yang selesa dengan cikgu. Yang selesa dengan kawan, just go on. Ada juga dimana semasa di kelas, dia segan bertanya dalam kelas kerana takut menjadi perhatian di dalam kelas. So, boleh lah berjumpa dengan cikgu. Terdapat juga pelajar yang selesa one by one dengan cikgu, kerana ingin memberi penumpuan 100% dengan cikgu. Just arrange masa dengan cikgu tersebut and you’ll be find out.

Murid     : Cikgu, boleh ke study dengan tengok TV?

Cikgu     : Tidak digalakkan. Seelok-eloknya, berikan perhatian kelima-lima pancaindera kepada masa yang diperuntukkan untuk ulangkaji. Kita diberi masa 24 jam sehari. Soalannya, bagaimana anda nak mengisi masa yang diberikan? So, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Jika nak menonton TV, lepas SPM pun boleh. Awak nak duduk dalam TV pun tak ada yang halang.

Sekian untuk hari ini. Nanti kita sambung lagi yer.. see you again.

0 comments: